Tuesday, February 7, 2012


Dengan kalimah basmalah….Assalamualaikum n slm sejahtera…

Terlalu sukar untuk aku berkata-kata, hanya dengan meluahkan melalui tulisan, hatiku beransur tenang,,moga diriku sentiasa di bawah lindungan rahmatMu ya RAbbul Izzati…penulisanku hanya sekadar luahan tentang apa yg terbuku di hati, tidak ada kena-mengana antara yg hidup dengan yang telah pulang ke rahmatullah…

Untukmu Cinta Hatiku Selepas Allah, Rasul dan Ibu Bapaku….



Pada saat rasa bertiup lembut,
Menitip di dasar hati,
Menghembus angin syahdu,
Kata cinta seorang manusia biasa,
Subhanallah!!!
Cinta itu indah,
Melebihi awanan di langit,
Cinta itu kudus,
Sesuci embun pagi,
Aku cinta,
Aku cinta padanya,
Sungguh cinta itu suatu mainan jiwa,
Yang tak mampu aku tandingi,
Saat ku menetap ketenangan di wajahmu,
Aku terpukau,
Saat ku melihat keikhlasan jiwamu,
Aku terpaku,
Saat ku berdepan ketinggian akhlakmu,
Aku terjatuh,
Saban hari,
Aku menitipkan layar ingatan untukmu,
Walau ku tahu,
Anganan mana mungkin menjadi kenyataan,
Kerana kau sebenarnya,
Terlalu jauh dariku..



Meski jodoh ditentukan ALLAH,
Namun,
Untuk melaksanakan usaha itu,
Begitu sukar bagiku,
Kerana latar kita berbeza,
Kerana jarak kita yang jauh,
Untuk itu,
Aku hanya mampu berdoa,
Moga apa yang ditetapkan ALLAH,
Adalah yang terbaik untukku,
Mencintaimu seluruh jiwaku…..



p/s : aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu… seandainya hilangnya AGAMA dalam hidupmu,,HILANGLAH cintaku padamu…mungkin aku bukanlah yang terbaik buatmu,,izinkan aku pergi darimu, kerana berada denganmu satu keperitan buatku..moga dengan ketiadaanku di sisimu membuatkanmu lebih tenang di sana..insyaALLah dengan izinNya andai ada jodoh antara kita,pasti akan disatukan satu hari nanti.. selamat tinggal pujaan hatiku..kenang daku dalam doamu…:(




4 comments:

ainraus said...

ain taktau apa yang terjadi. tapi, please be strong okay? :)

GaD!s_ BuNg@ said...

oke ain..i will..
hope ain n afiq hepi2 slalu tau...
jauh di mata dekat di hati:)

liyana shana said...

sabar kaka . dugaan alam percintaan sume tu . allah masih ada dengan kita . be strong ! life must go on .

http://chipsmunkies.blogspot.com/

GaD!s_ BuNg@ said...

yayaya..betul3...tnga bersabar ni..
ambik kos sama lan ke kat sane??