Sunday, March 17, 2013

PUDING KOKTEL VERSI AMALINA


Assalamalaikum.. hai peeps!! Kali nie Nurul nak share resipi Puding Koktel.. baru buat petang tadi.. ayuh kite tengok gambarnye dulu..



amacam ?? nak try?? jum2..huhu

Herm, dah tengok gambar kan?? Jum kite tengok bahan2 yg diperlukan pulak..

Bahan A ( agar2 koktel)
½ cawan tepung kastard
½ cawan gula (ikut manis ye, jgn terlebih manis lak)
Air masak (ikut kepekatan sbb Nurul main agak2 je)

p/s : nak lebih menarik, Nurul buat agar2 sirap tu.. supaya warnanya lebih mengancam..hehe

Bahan B ( kuah Koktel)
1 tin susu cair
2 biji telur
Sedikit esen vanilla
Sedikit gula (ikut manis)

Bahan C :
Buah-buahan dalam tin
Buah Peach dalam tin

p/s : kedua-dua buah-buahan dalam tin ni perlu ditapis airnya dahulu...


susu cair, buah-buahan dalam tin dan buah peach..



buah-buahan dalam tin dan buah peach ( airnya ditapis dahulu)



agar2 koktel..tepung kastard + air + gula...



agar2 koktel setelah dimasak dan disejukkan bersama agar2 sirap..


kuah Koktel.. susu cair + air buah + telur + esen Vanilla..


Cara-cara :
Agar2 Koktel :
Tepung kastard dikacau atas api sederhana bersama air. Setelah 15 minit, masukkan pula gula. Kacau sehingga pekat. Adunan ini perlu dikacau sentiasa supaya ianya tidak berketul.

Kuah Koktel :
Susu cair dikacau atas api sederhana bersama air buah-buahan dalam tin. Setelah mendidih, masukkan telur bersama esen vanilla dan sedikit gula. Kacau lagi sehingga sebati. Sejukkan pada suhu bilik.
Setelah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai. Mula-mula, masukkan agar2 koktel, dan agar2 sirap, kemudian buah-buahan dalam tin dan buah peach. Akhir sekali, masukkan kuah koktel. Sejukkan dalam peti ais dan sedia untuk dinikmati..


Oke kawan2, nie lah rupanya setelah siap diisi dalam bekas. Sampai di sini dulu, selamat mencuba!!

sape nk beli?? dua RM 1..:P



nyum nyum nyum...:)

Tuesday, March 12, 2013

KEK LAPIS ASAM MANIS GEBU



Assalamualaikum ..hye guys…!! Apa khabar?? Harap semuanya sihat2 lah hendaknya.. Nurul Alhamdulillah sihat aje lebih2 lagi sekarang berada di rumah bersama family tercinta.. Berkat kesabaran dan keazaman yg tggi, Alhamdulillah, Nurul berjaya juga habiskan praktikal sem ni dgn jayanya.. pengalaman, gelak tawa, suka duka semasa praktikal Nurul akan simpan dan pahat dalam ingatan sampai bila-bila.. Tq pada ibu bapa, keluarga, dan sahabat2 yg x jemu2 mengirimkan doa dan menghulurkan bantuan masa Nurul memerlukan.. segala kesalahan dan kesilapan Nurul harap dimaafkan ye, maklum lah Nurul ni mudah terase hati dan mudah tersinggung.. apatah lagi dgn org yg rapat dgn Nurul.. I’m sorry, dan Nurul pun dah maafkan korang semua.. sedangkan Nabi pun maafkan umat kan, ini kan kita yg baru tahap bawahan kan.. so peringatan untuk diri sendiri dan kawan2,, sebelum tidur, maafkan kesalahan org lain pada kita, insyaAllah org lain juga akan melakukan perkara yg sama.. peace no war!! HeheJ

Orait, tentunya kawan2 seangkatan dgn Nurul tgah berehat bersenang-lenang kat rumah kan.. tak kurang juga ada yg terus bekerja di taska tempat praktikal masing-masing… apa2 pon, Nurul always doakan korang hepi dengan apa yg dibuat.. semoga dirahmati Allah selalu.. Nurul ?? plan Nurul apa lepas nie?? Erm,, mestilah nak sambung ijazah.. kalau boleh, nak sangat dlm jurusan yg sama.. bukan apa, dah jatuh cinta dgn jrusan nie.. walaupun pada awal dulu, ade sedikit tersasar dari landasan.. Alhamdulillah, dah kembali ke pangkal jalan.. HAHAhA.. erm.. nurul 2.3 hari kat rumah setakat ni macam biase la, berkhidmat buat kedua ibu bapa tercinta,, jadi suri rumah sepenuh masa.. memasak, mengemas rumah dan sebagainya.. itulah rutin hidup sepanjang berada di rumah nampaknya sementara menunggu keputusan Diploma n peluang untuk teruskan pengajian September nanti.. J

Ahaaa…. Hari nie dr pagi, Nurul memang busy kat dapur.. hari nie entah angin  apa datang, Nurul merajinkan diri buat resipi Kek Lapis Asam Manis Gebu.. Nurul ambil resipi nie dari majalah RASA keluaran Julai 2012.. Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi.. tapi, perlu diketahui, kek ni tak akan menjadi kalau tidak disertai dengan sikap kesabaran dan paling penting, senyum sepanjang buat kek ni.. ha, 2 lah rahsia kek anda menjadi sedap dan kata orang ‘ sehingga menjilat jari’.. huhu.. ok lah, Nurul nak share resipi kek ni dgn kawan2.. silalah lihat dan baca ye.. kalau rajin, cubalah.. terutama buat anak2 dara pingitan yg ada masa lapang di rumah.. boleh belajar buat kek dan jamu keluarga di rumah.. mesti mak abah semua suka.. percayalah..ok lah, now, kita lihat dan baca resipi kek ni ye J

Bahan-bahan :
600 gm mentega ( Nurul buat 2 cawan planta)
275 gm gula kastor ( Nurul buat 2 cawan gula kastor)
500 gm tepung gandum / diayak (Nurul buat 2 cawan tepung gandum)
8 biji telur
1 sudu the serbuk penaik / diayak
3 sudu makan susu pekat
Sedikit kepingan asam manis
Sedikit pewarna merah jambu, hijau dan kuning.

Cara memasak :
1.     Putar mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.
2.     Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
3.     Kemudian, masukkan tepung bersama susu pekat. Kacau rata.
4.     Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan campuran warna merah jambu, hijau dan kuning.
5.  Lapikkan kertas minyak di dalam loyang pengukus dan sendukkan lapisan merah jambu. Kukus selama 7 minit.
6.  Sendukkan lapisan kuning dan letakkan lapisan asam manis di atasnya. Kukus selama 7 minit lagi.
7. Lakukan proses yang sama berselang-seli dengan lapisan warna lain dan letakkan asam manis di setiap lapisan.
8.  Kukus lapisan demi lapisan sehingga masak.

Saiz Hidangan : 10 orang
Waktu penyediaan : 15 minit
Waktu Memasak : 40 minit
Jenis Hidangan : Makanan Melayu
Keistimewaan : Warna yang ceria di samping rasa yang cukup enak
Jenis Penyediaan : Menu Sampingan
Jenis Masakan : Kek
Jenis Acara : Juadah Hari Raya
Cara Memasak : Kukus

Info Chef : Untuk lebih enak lagi, boleh juga gantikan asam manis dengan kepingan coklat.

Orait, dah baca resipi kan?? Jum kita tengok sedikit gambar yg sempat Nurul snap ..

Gambar Kek setelah dipotong...

Pandangan Tepi Kek..

Pandangan Atas Kek



beginilah rupanya.. KEK LAPIS ASAM MANIS GEBU..

Sekian  sahaja entri kali ini. Jumpa lagi  di lain masa J

Tuesday, November 13, 2012

Jom TERJAH????!!!!!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Assalamualaikum n salam 1 malaysia semua.. hope u all berada dlm keadaan sihat walafiat arinie.. maklumlah, cuti Deepavali kan.. selamat beristirahat bersama kuarga tercinta…

Hari nie, Nurul nk share ngn kwn2 resepi Kek Marble or Kek Pelangi or Kek warna-warni.. mcm2 org pggil kek nie.. kalau kuarga Nurul, km pggil Kek Belang sbb kek ni berbelang-belang..hehe

Entah angin apa arinie Nurul terlebih rajin nk wat kek.. maklumlah, dah x sampai seminggu berada kat umah b4 nak pergi praktikal kan.. so, masa yg ade digunakan sepenuhnya.. mcm nie lah rupa Kek Pelangi.. pernah tengok or pernah rasa or pernah makan tak?? Kalau nk ase yg Nurul buat, jemputlah datang ke teratak Nurul kat Jerantut nie..dtg jgn x dtg.. J



nampak menyelerakan x??:P

Now, jom kite tengok bahan2 dan cara2 tuk membuat Kek Pelangi nie.. senang je kwn2.. x rumit pon..insyaAllah jadi kalau kite buat..huhu

Bahan2 :
2 cawan gula aising
2 cawan planta
6 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 ½ sudu teh Baking Powder
Pewarna Strawberry, Hijau Epal, dan Kuning Telur (ikut citarasa)
Sedikit esen vanilla.

Cara-caranya :
Pukul telur sehingga kembang dahulu, masukkan esen vanilla sedikit. Ketepikan. Ayak tepung gandum bersama tepung naik sendiri dan Baking Powder. Ketepikan. Pukul gula aising dan planta sehingga kembang. Masukkan telur yang dipukul tadi. Pukul lagi. Masukkan tepung yang diayak tadi dan pukul lagi sehingga sebati. Bahagikan adunan ikut citarasa sendiri. Sediakan periuk bengkang dan susun adunan satu lapisan demi satu lapisan. Setelah habis, boleh lah dibakar. Siap untuk dihidang dan dimakan.

ini untuk Cik Za, jiran sebelah umah:)

ini untuk Cik Zira.. selamat menjamu selera. kalau x sedap, jgn marah.:)





Notakaki ~ Senang kan?? Cuma perlu rajin, tekun je..insyaAllah kek ni menjadi.. Nurul dah bagi pade jiran2 sikit.. Alhamdulillah. Kek ni sedap kalau dimakan waktu panas2.. bak kata My MOM la.. Nurul dah try, mmg awesome..( ceh, angkat bakul la pulak)..haha..sekian tuk kali nie.. c u guys J