Tuesday, March 12, 2013

KEK LAPIS ASAM MANIS GEBU



Assalamualaikum ..hye guys…!! Apa khabar?? Harap semuanya sihat2 lah hendaknya.. Nurul Alhamdulillah sihat aje lebih2 lagi sekarang berada di rumah bersama family tercinta.. Berkat kesabaran dan keazaman yg tggi, Alhamdulillah, Nurul berjaya juga habiskan praktikal sem ni dgn jayanya.. pengalaman, gelak tawa, suka duka semasa praktikal Nurul akan simpan dan pahat dalam ingatan sampai bila-bila.. Tq pada ibu bapa, keluarga, dan sahabat2 yg x jemu2 mengirimkan doa dan menghulurkan bantuan masa Nurul memerlukan.. segala kesalahan dan kesilapan Nurul harap dimaafkan ye, maklum lah Nurul ni mudah terase hati dan mudah tersinggung.. apatah lagi dgn org yg rapat dgn Nurul.. I’m sorry, dan Nurul pun dah maafkan korang semua.. sedangkan Nabi pun maafkan umat kan, ini kan kita yg baru tahap bawahan kan.. so peringatan untuk diri sendiri dan kawan2,, sebelum tidur, maafkan kesalahan org lain pada kita, insyaAllah org lain juga akan melakukan perkara yg sama.. peace no war!! HeheJ

Orait, tentunya kawan2 seangkatan dgn Nurul tgah berehat bersenang-lenang kat rumah kan.. tak kurang juga ada yg terus bekerja di taska tempat praktikal masing-masing… apa2 pon, Nurul always doakan korang hepi dengan apa yg dibuat.. semoga dirahmati Allah selalu.. Nurul ?? plan Nurul apa lepas nie?? Erm,, mestilah nak sambung ijazah.. kalau boleh, nak sangat dlm jurusan yg sama.. bukan apa, dah jatuh cinta dgn jrusan nie.. walaupun pada awal dulu, ade sedikit tersasar dari landasan.. Alhamdulillah, dah kembali ke pangkal jalan.. HAHAhA.. erm.. nurul 2.3 hari kat rumah setakat ni macam biase la, berkhidmat buat kedua ibu bapa tercinta,, jadi suri rumah sepenuh masa.. memasak, mengemas rumah dan sebagainya.. itulah rutin hidup sepanjang berada di rumah nampaknya sementara menunggu keputusan Diploma n peluang untuk teruskan pengajian September nanti.. J

Ahaaa…. Hari nie dr pagi, Nurul memang busy kat dapur.. hari nie entah angin  apa datang, Nurul merajinkan diri buat resipi Kek Lapis Asam Manis Gebu.. Nurul ambil resipi nie dari majalah RASA keluaran Julai 2012.. Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi.. tapi, perlu diketahui, kek ni tak akan menjadi kalau tidak disertai dengan sikap kesabaran dan paling penting, senyum sepanjang buat kek ni.. ha, 2 lah rahsia kek anda menjadi sedap dan kata orang ‘ sehingga menjilat jari’.. huhu.. ok lah, Nurul nak share resipi kek ni dgn kawan2.. silalah lihat dan baca ye.. kalau rajin, cubalah.. terutama buat anak2 dara pingitan yg ada masa lapang di rumah.. boleh belajar buat kek dan jamu keluarga di rumah.. mesti mak abah semua suka.. percayalah..ok lah, now, kita lihat dan baca resipi kek ni ye J

Bahan-bahan :
600 gm mentega ( Nurul buat 2 cawan planta)
275 gm gula kastor ( Nurul buat 2 cawan gula kastor)
500 gm tepung gandum / diayak (Nurul buat 2 cawan tepung gandum)
8 biji telur
1 sudu the serbuk penaik / diayak
3 sudu makan susu pekat
Sedikit kepingan asam manis
Sedikit pewarna merah jambu, hijau dan kuning.

Cara memasak :
1.     Putar mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.
2.     Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
3.     Kemudian, masukkan tepung bersama susu pekat. Kacau rata.
4.     Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan campuran warna merah jambu, hijau dan kuning.
5.  Lapikkan kertas minyak di dalam loyang pengukus dan sendukkan lapisan merah jambu. Kukus selama 7 minit.
6.  Sendukkan lapisan kuning dan letakkan lapisan asam manis di atasnya. Kukus selama 7 minit lagi.
7. Lakukan proses yang sama berselang-seli dengan lapisan warna lain dan letakkan asam manis di setiap lapisan.
8.  Kukus lapisan demi lapisan sehingga masak.

Saiz Hidangan : 10 orang
Waktu penyediaan : 15 minit
Waktu Memasak : 40 minit
Jenis Hidangan : Makanan Melayu
Keistimewaan : Warna yang ceria di samping rasa yang cukup enak
Jenis Penyediaan : Menu Sampingan
Jenis Masakan : Kek
Jenis Acara : Juadah Hari Raya
Cara Memasak : Kukus

Info Chef : Untuk lebih enak lagi, boleh juga gantikan asam manis dengan kepingan coklat.

Orait, dah baca resipi kan?? Jum kita tengok sedikit gambar yg sempat Nurul snap ..

Gambar Kek setelah dipotong...

Pandangan Tepi Kek..

Pandangan Atas Kek



beginilah rupanya.. KEK LAPIS ASAM MANIS GEBU..

Sekian  sahaja entri kali ini. Jumpa lagi  di lain masa J

No comments: