Sunday, March 17, 2013

PUDING KOKTEL VERSI AMALINA


Assalamalaikum.. hai peeps!! Kali nie Nurul nak share resipi Puding Koktel.. baru buat petang tadi.. ayuh kite tengok gambarnye dulu..



amacam ?? nak try?? jum2..huhu

Herm, dah tengok gambar kan?? Jum kite tengok bahan2 yg diperlukan pulak..

Bahan A ( agar2 koktel)
½ cawan tepung kastard
½ cawan gula (ikut manis ye, jgn terlebih manis lak)
Air masak (ikut kepekatan sbb Nurul main agak2 je)

p/s : nak lebih menarik, Nurul buat agar2 sirap tu.. supaya warnanya lebih mengancam..hehe

Bahan B ( kuah Koktel)
1 tin susu cair
2 biji telur
Sedikit esen vanilla
Sedikit gula (ikut manis)

Bahan C :
Buah-buahan dalam tin
Buah Peach dalam tin

p/s : kedua-dua buah-buahan dalam tin ni perlu ditapis airnya dahulu...


susu cair, buah-buahan dalam tin dan buah peach..



buah-buahan dalam tin dan buah peach ( airnya ditapis dahulu)



agar2 koktel..tepung kastard + air + gula...



agar2 koktel setelah dimasak dan disejukkan bersama agar2 sirap..


kuah Koktel.. susu cair + air buah + telur + esen Vanilla..


Cara-cara :
Agar2 Koktel :
Tepung kastard dikacau atas api sederhana bersama air. Setelah 15 minit, masukkan pula gula. Kacau sehingga pekat. Adunan ini perlu dikacau sentiasa supaya ianya tidak berketul.

Kuah Koktel :
Susu cair dikacau atas api sederhana bersama air buah-buahan dalam tin. Setelah mendidih, masukkan telur bersama esen vanilla dan sedikit gula. Kacau lagi sehingga sebati. Sejukkan pada suhu bilik.
Setelah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai. Mula-mula, masukkan agar2 koktel, dan agar2 sirap, kemudian buah-buahan dalam tin dan buah peach. Akhir sekali, masukkan kuah koktel. Sejukkan dalam peti ais dan sedia untuk dinikmati..


Oke kawan2, nie lah rupanya setelah siap diisi dalam bekas. Sampai di sini dulu, selamat mencuba!!

sape nk beli?? dua RM 1..:P



nyum nyum nyum...:)

2 comments:

cik amal said...

akak pun ada blog ?? wahh.. bestnya...
sedap pulak puding tu.. my feveret tapi tak boleh mkn sebab ada ulcer kt mulut :)

GaD!s_ BuNg@ said...

ye amal..dah lama dah..tapi blog akak x cantik mcm awak, penah menang contest kan?? wah3..tlg hias blog akak ni..akak kasi upah sky juice maw??hahahah...yeke?? feveret?? try la buat sendiri..senang je tu.. alolo ciannye die..cpt2 pergi la ulser..cik amal nk mam puding..hehehe