Assalamualaikum ..hye guys…!! Apa khabar?? Harap semuanya sihat2
lah hendaknya.. Nurul Alhamdulillah sihat aje lebih2 lagi sekarang berada di
rumah bersama family tercinta.. Berkat kesabaran dan keazaman yg tggi, Alhamdulillah,
Nurul berjaya juga habiskan praktikal sem ni dgn jayanya.. pengalaman, gelak
tawa, suka duka semasa praktikal Nurul akan simpan dan pahat dalam ingatan
sampai bila-bila.. Tq pada ibu bapa, keluarga, dan sahabat2 yg x jemu2
mengirimkan doa dan menghulurkan bantuan masa Nurul memerlukan.. segala
kesalahan dan kesilapan Nurul harap dimaafkan ye, maklum lah Nurul ni mudah
terase hati dan mudah tersinggung.. apatah lagi dgn org yg rapat dgn Nurul.. I’m
sorry, dan Nurul pun dah maafkan korang semua.. sedangkan Nabi pun maafkan umat
kan, ini kan kita yg baru tahap bawahan kan.. so peringatan untuk diri sendiri
dan kawan2,, sebelum tidur, maafkan kesalahan org lain pada kita, insyaAllah
org lain juga akan melakukan perkara yg sama.. peace no war!! HeheJ
Orait, tentunya kawan2 seangkatan dgn Nurul tgah berehat
bersenang-lenang kat rumah kan.. tak kurang juga ada yg terus bekerja di taska
tempat praktikal masing-masing… apa2 pon, Nurul always doakan korang hepi
dengan apa yg dibuat.. semoga dirahmati Allah selalu.. Nurul ?? plan Nurul apa
lepas nie?? Erm,, mestilah nak sambung ijazah.. kalau boleh, nak sangat dlm
jurusan yg sama.. bukan apa, dah jatuh cinta dgn jrusan nie.. walaupun pada
awal dulu, ade sedikit tersasar dari landasan.. Alhamdulillah, dah kembali ke
pangkal jalan.. HAHAhA.. erm.. nurul 2.3 hari kat rumah setakat ni macam biase
la, berkhidmat buat kedua ibu bapa tercinta,, jadi suri rumah sepenuh masa..
memasak, mengemas rumah dan sebagainya.. itulah rutin hidup sepanjang berada di
rumah nampaknya sementara menunggu keputusan Diploma n peluang untuk teruskan
pengajian September nanti.. J
Ahaaa…. Hari nie dr pagi, Nurul memang busy kat dapur.. hari nie
entah angin apa datang, Nurul merajinkan diri buat resipi Kek Lapis Asam Manis
Gebu.. Nurul ambil resipi nie dari majalah RASA keluaran Julai 2012.. Alhamdulillah,
percubaan pertama menjadi.. tapi, perlu diketahui, kek ni tak akan menjadi
kalau tidak disertai dengan sikap kesabaran dan paling penting, senyum
sepanjang buat kek ni.. ha, 2 lah rahsia kek anda menjadi sedap dan kata orang ‘
sehingga menjilat jari’.. huhu.. ok lah, Nurul nak share resipi kek ni dgn
kawan2.. silalah lihat dan baca ye.. kalau rajin, cubalah.. terutama buat anak2
dara pingitan yg ada masa lapang di rumah.. boleh belajar buat kek dan jamu
keluarga di rumah.. mesti mak abah semua suka.. percayalah..ok lah, now, kita
lihat dan baca resipi kek ni ye J
Bahan-bahan
:
600
gm mentega ( Nurul buat 2 cawan planta)
275
gm gula kastor ( Nurul buat 2 cawan gula kastor)
500
gm tepung gandum / diayak (Nurul buat 2 cawan tepung gandum)
8
biji telur
1
sudu the serbuk penaik / diayak
3
sudu makan susu pekat
Sedikit
kepingan asam manis
Sedikit
pewarna merah jambu, hijau dan kuning.
Cara
memasak :
1.
Putar mentega dan gula sehingga
kembang dan gebu.
2.
Masukkan telur satu persatu dan kacau
sebati.
3.
Kemudian, masukkan tepung bersama
susu pekat. Kacau rata.
4.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian
dan campuran warna merah jambu, hijau dan kuning.
5. Lapikkan kertas minyak di dalam loyang
pengukus dan sendukkan lapisan merah jambu. Kukus selama 7 minit.
6. Sendukkan lapisan kuning dan letakkan
lapisan asam manis di atasnya. Kukus selama 7 minit lagi.
7. Lakukan proses yang sama
berselang-seli dengan lapisan warna lain dan letakkan asam manis di setiap
lapisan.
8. Kukus lapisan demi lapisan sehingga
masak.
Waktu penyediaan : 15 minit
Jenis
Hidangan : Makanan Melayu
Keistimewaan
: Warna yang ceria di samping rasa yang cukup enak
Jenis
Penyediaan : Menu Sampingan
Jenis
Acara : Juadah Hari Raya
|
Info Chef : Untuk lebih enak lagi, boleh juga gantikan asam
manis dengan kepingan coklat.
Orait,
dah baca resipi kan?? Jum kita tengok sedikit gambar yg sempat Nurul snap ..
 |
Gambar Kek setelah dipotong...
|
 |
Pandangan Tepi Kek.. |
 |
Pandangan Atas Kek
|
 |
beginilah rupanya.. KEK LAPIS ASAM MANIS GEBU.. |
Sekian
sahaja entri kali ini. Jumpa lagi di lain masa J